Go to

Facebook

Followers

Paling Suka

Pilihan Anda PRU 13

Najib Yakin Tawan Semua Negeri Yang Dikuasai Pakatan Rakyat

Monday 19 March 2012

Kalau semasa lawatan Datuk Seri Hj Najib terdahulu, beliau telah memohon maaf kepada Rakyat Negeri Selangor atas kesilapan yang dilakukan oleh Umno/BN dan mohon diberi kepercayaan untuk memerintah kembali... namun hari ini kenyataan mohon maaf tersebut tidak diulangi tetapi terus menyatakan yang beliau yakin Barisan Nasional BN boleh menang terhadap Negeri-Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR), kah kah kah !.

Kalau beliau bercakap mengenai kerusi Parlimen Pekan atau Negeri Johor mungkin cakap Datuk Seri Hj Najib tersebut boleh dipertimbangkan... tapi bila beliau mengatakan hari ini yang beliau yakin dengan keupayaan BN untuk merampas Negeri-Negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13)... baik suruh aje beliau ambil cermin dan tengok muka beliau, kah kah kah!.

Kenapa dikatakan begitu... kerana mana ada Negeri kalau diyakini menang akan dilawati kerap kali macam dah tiada Negeri lain dalam Malaysia ni, kecuali lah Negeri Kelantan dan Pulau Pinang yang beliau yakini kalah... ini menunjukkan beliau tidak yakin boleh menang dan lawatan beliau di Negeri Selangor hari ini hanya untuk memberi motivasi kepada Jentera Pilihan Raya BN supaya tidak lesu menghadapi PRU13 nanti.

Beliau membuat kenyataan itu semasa lawatan beliau ke Negeri Selangor hari ini... yang kalau dikira entah berapa kali semenjak awal tahun 2012, begitu juga hal nya dengan Negeri Perak yang beliau lawati umpama beliau akan bertanding di negeri tersebut... dan berlainan dengan Negeri Johor yang hanya sekali beliau lawati kerana keyakinan beliau yang BN boleh menang di negeri tersebut walau pun keadaan nya belum tentu.

Sama ada beliau sedar atau pun tidak yang kata-kata beliau tersebut hanya menunjukkan ketidak upayaan Pemimpin Umno/BN untuk memenangi kembali Negeri-Negeri tersebut... yang tewas mengejut dalam PRU12... ianya sesuatu tidak disangka berdasarkan serba kekurangan yang ada didalam jentera pilihan raya PR, namun ianya boleh terjadi... ini kan pula dengan keselesaan rakyat dibawah PR yang dilihat lebih Telus dan Amanah maka angan-angan Pemimpin Umno/BN boleh dianggap sebagai Angan-Angan Mat Jenin, kah kah kah !.


hemmmmm..... umno/bn teringin sangat untuk menawan kembali negeri selangor... manakan tidak bila melihat hasil negeri yang bertambah berdasarkan simpanan negeri yang mencecah hampir rm 2 bilion... serta hasil pasir yang banyak walaupun baru empat tahun pr menerajui negeri selangor berbanding 50 umno/bn memerintah, kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan... heeeee..... a b u.
Read Post | comments

Kenyataan Berbaur Seks Oleh Beruk Umno Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Tuesday 13 March 2012

Aktivis hak wanita yang berada di bangunan Parlimen untuk berkempen bagi menuntut kerajaan yang bersih hari ini terkejut apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat gurauan berbaur seks.

NONE“Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa” kata Ahmad Zahid apabila aktivis wanita  memberinya sepasang sarung tangan putih melambangkan tuntutan mereka mendesak supaya  kerajaan bebas daripada gejala rasuah.

Seorang aktivis yang terdengar kata-kata Zahid itu kemudian secara serta-merta memuat-naikkannya di laman web rasmi Twitter Wanita Suara Perubahan, gabungan yang menganjurkan kempen berkenaan.

"Seksis!" ulas pengarah eksekutif Biro Bantuan Wanita Ivy Josiah melalui akaun Twitter beliau. Beliau turut berada dalam delegasi ke bangunan Parlimen itu.

NONEDihubungi kemudian, Ivy memberitahu Malaysiakini bahawa rakan sekerja beliau telah terdengar kata-kata Zahid itu dan kemudiannya melaporkannya di laman Twitter.

"Walaupun beliau bergurau, namun innuendo seksual seperti ini tidak boleh diterima ... ini adalah benar-benar kurang ajar. Kami agak terkejut," katanya..
Read Post | comments

Noh Omar Jaga Periuk Nasi Serah Isu Kepada Mahkamah

Selamatkan diri
Ahli Parlimen BN yang ingin maklumat lanjut berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) sehingga menyaksikan pengerusi eksekutifnya didakwa atas empat pertuduhan termasuk kesalahan pecah amanah, kecewa apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengelak daripada membincangkan isu itu secara langsung.

briefing for BN mps by Agriculture Minister Noh Omar on National Feedlot Corporation (NFC) scandalSebaliknya Noh, pada taklimatnya kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di ibu negara malam tadi, lebih banyak bercakap mengenai agihan peruntukan bagi membolehkan mereka "memantau" masalah dalam sektor pertanian di parlimen masing-masing.

Menurut beliau, kementeriannya banyak menerima soalan 'panas' khususnya berkaitan NFC yang perlu dijawabnya pada sidang parlimen yang sedang berlangsung.

Perbahasan Dewan Rakyat bagi penggal baru tahun 2012 bermula semalam.

"Kali ini kementerian terima banyak soalan. Soalan-soalan yang panas pun ada. Soalan-soalan berkaitan Fidlot.

"Tapi mungkin (saya) tidak perlu menjawab (di sini), (sebab) sudah ada kes. (Nanti) ia subjudis," katanya.

NONESemalam pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan kerana didakwa pecah amanah dan menggunakan dana syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.

NFC dilaporkan menerima kontrak bagi projek ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan dan diberi pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan bagi memastikan bekalan daging bagi pasaran tempatan adalah mencukupi. Ia terletak dan dikawal selia oleh kementerian pertanian dan industri asas tani.

Kontroversi muncul selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut terdapat kelemahan dalam projek berkenaan. PKR kemudiannya membuat susulan dengan mendedahkan pelbagai kelemahan syarikat berkenaan termasuk dakwaan penyelewengan dana dan pembelian beberapa kondominium mewah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

NONESementara itu, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan yang hadir pada taklimat itu berkata perbicaraan di mahkamah adalah platform terbaik bagi NFC menolak segala dakwaan yang dilemparkan.

Bahkan, katanya, ia juga menjadi medan terbaik kepada syarikat itu mengemukakan bukti bagi membersihkan nama mereka.

"Ia menjadi tempat yang baik kepada mereka untuk menggunakan hujah mereka dan ia juga menjadi jalan terbaik untuk menamatkan (kontroversi yang berlaku)," kata Rahman.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang Ahad lalu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikannya sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Shahrizat, bagaimanapun akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

NONEMenjawab soalan, Rahman juga berkata NFC juga perlu memberikan lebih banyak penjelasan berhubung kontroversi yang timbul berbanding kementerian yang terbabit.

Katanya, selaku ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) beliau pernah mendapatkan penjelasan daripada NFC dan mendapati ada penjelasan yang mempunyai 'merit' dan ada yang menimbulkan 'persoalan'.

"Oleh itu, alangkah bijak jika menggunakan mahkamah sebagai jalan untuk memberi penjelasan tanpa sebarang gangguan," katanya.

Beliau juga akan bertanyakan kepada pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid sama ada jawatankuasa tersebut mahu meneruskan siasatan terhadap NFC memandangkan terdapat perkembangan baru berhubung isu berkenaan.
Read Post | comments

Beruk Umno PapaGomo Dihadapkan Ke Mahkamah

Beruk Umno Papa Gomo - Muka Jahat Mcm Sial
Penyebaran Fitnah Terhadap Hakim Boleh Dianggap Hina Mahkamah

PUTRAJAYA: Penyebaran kenyataan, komen atau artikel yang berunsur fitnah terhadap hakim boleh tergolong dan dianggap sebagai perbuatan menghina mahkamah.

Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Mohd Aizuddin Zolkeply berkata sehubungan itu, penulis yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kernaan menghina mahkamah dan dihukum mengikut undang-undang berkaitan.
"Terdapat saluran dan jalan yang betul di sisi undang-undang untuk mengadu sekiranya terdapat salah laku hakim, dan bukannya melalui penyebaran kenyataan, komen atau artikel berunsur fitnah, yang boleh mengelirukan masyarakat umum,"

Beliau juga berkata satu laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Rihaida Rafie pada 8 Mac lepas terhadap penulis blog yang didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Tuan Anantham Kasinather.
Katanya, kenyataan berunsur fitnah itu turut disiarkan dalam beberapa blog seperti di http://www.papagomo.com.

Aizuddin berkata penulis blog itu turut mengaitkan hakim lain berhubung dakwaan terdapat campur tangan dalam kes melibatkan syarikat Magic Telekom Sdn Bhd dan Numix Engineering Sdn Bhd.
"Badan Kehakiman Malaysia memandang serius perkara-perkara yang boleh mencemarkan imej badan kehakiman negara, terutamanya melalui penulisan dan komen-komen tidak berasas, yang berniat menjatuhkan imej dan integriti hakim-hakim," katanya.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menghormati badan kehakiman negara sebagai sebuah institusi yang menegakkan keadilan. -

MAMPOSLAH KAU KALI NI PAPA GOMO ATAU NAMA SEBENARNYA WAN MOHAMAD AZRI BIN WAN DERIS NO K/P 830121-03-5019.....SEBELUM INI SUDAH 3 SAMAN SETIAP SATU BERNILAI MELEBEHI RM10JUTA......KALI INI MAHKAMAH RAYUAN PULA YANG MEMBUAT LAPORAN POLIS......INILAH DIA BILA MERASAKAN DIRI ITU HEBAT DAN KEBAL DARI TINDAKAN UNDANG-UNDANG SAMPAI LUPA NEGARA KITA NEGARA HUKUM HANYA BILA DIRI ITU MENJADI BLOGGER PRO UMNO....

WAHAI WAN MOHAMAD AZRI BIN WAN DERIS @ PAPAGOMO....MASA KAMU SUDAH TIBA....
Read Post | comments (1)

Beruk Umno Sendiri Mengutuk Najib dan Muhyiddin


PERLETAKAN jawatan secara terhormat dan tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) adalah dua perkara berbeza, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Menurut beliau, pada tarikh 8 April, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Wanita itu mahu tidak mahu terpaksa melepaskan jawatannya kerana perkhidmatannya sebagai Senator sudah tamat.

“Itu bukan pengorbanan namanya, itu adalah peraturan yang wajib dipatuhi,” katanya.

Lazimnya kata Syed Ali yang juga bekas Senator, perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara hanya dua penggal sahaja.

“Ini bermakna pengumuman Shahrizat akan melepaskan jawatan dilihat sebagai satu lakonan dan menjadi bahan ketawa orang ramai,” katanya.

Tambah beliau, rakyat bukannya bodoh sehingga tidak tahu membezakan maksud tamat tempoh perkhidmatan dan meletakkan jawatan secara terhormat.

Beliau berkata, pengumuman untuk melatakkan jawatan bukannya satu pengorbanan besar dilakukan Shahrizat sebaliknya terpaksa berbuat demikian kerana selepas itu (8 April) beliau bukan lagi Ahli Dewan Negara.

“Jika dia meletakkan jawatan secara terhormat sebulan lalu atau hari ini, itu yang dinamakan pengorbanan,” ujarnya.

Tetapi katanya, jika hanya menunggu tarikh tamat tempoh perkhidmatan bermakna Shahrizat tidak melakukan pengorbanan kepada parti dan kerajaan.

Beliau berkata, kes itu sama seperi penjawat awam yang terpaksa berundur daripada perkhidmatan apabila sudah cukup umur bersara wajib.

Sehubungan itu katanya, rakyat menyifatkan pengumuman Shahrizat untuk akan meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet berkuatkuasa pada 8 April ini sebagai melucukan.

Shahrizat korban diri kerana Kabinet dan Umno?
March 12, 2012
Kenyataan ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkaitan “pengunduran” Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Shahrizat, tepat, maka antara kesimpulan yang boleh kita buat adalah Perdana Menteri tidak campur tangan.

Ini adalah kerana media massa, antara lain, memetik Najib sebagai berkata bahawa Shahrizat “mengorbankan diri demi Kabinet dan Umno.” Untuk itu, Najib memuji beliau.

Perdana Menteri memberi tahu pemberita di Pekan petang semalam yang tindakan Shahrizat meletakkan jawatan apabila tempoh pelantikan beliau sebagai Senator berakhir 8 April ini adalah tindakan tepat.
Najib menambah, walaupun tidak ada bukti setakat ini yang Shahrizat melakukan apa-apa kesalahan, tetapi kerana isu NFC telah mencetuskan kontroversi dan pertikaian, beliau bersedia mengundurkan diri daripada kerajaan.


NAJIB DAN MUHYIDDIN YASSIN PUJI TAPI PEMIMPIN UMNO DIAKAR UMBI CEMUH DAN BELASAH SHAHRIZAT JALIL....NAMPAKNYA SUDAH ADA TREND DIKALANGAN PEMIMPIN UMNO YANG SUDAH BERANI PERLEKEHKAN KENYATAAN NAJIB RAZAK DAN MUHYIDDIN YASSIN... SUDAH HILANG RASA HORMAT KEPADA MEREKA BERDUA SEBAGAI PRESIDEN/TIMBALAN PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI/TIMBALAN PENGERUSI BN...

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengutamakan kepentingan kerajaan dan parti mendahului kepentingan peribadi dalam membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April.

Timbalan Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Shahrizat kerana membuat keputusan berani yang hakikatnya sukar dilaksanakan oleh sesiapa jua yang berada dalam kedudukan beliau.

"Ini adalah satu pengorbanan besar daripada seorang pemimpin yang sedang menerajui sayap parti (Umno)," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada Ahad, Shahrizat mengumumkan akan melepaskan jawatan menteri apabila tempoh pelantikan beliau sebagai Senator Dewan Negara tamat pada 8 April ini, namun beliau akan mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Shahrizat turut menegaskan beliau tiada kaitan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional yang dipengerusikan suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. Dr Mohamad Salleh hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta berhubung pembelian dua unit kondominium serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat.

Muhyiddin menyifatkan keputusan Shahrizat untuk berundur sebagai tepat dan wajar dihormati semua pihak.
"Keputusan beliau berundur pada tarikh tersebut harus dilihat sebagai satu tindakan berjiwa besar yang didorong rasa tanggungjawab menyempurnakan tugas serta kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk meneraju kementerian dalam tempoh ditetapkan," katanya.
Read Post | comments

Kenyataan Bodoh Dari Ustazah Umno

Read Post | comments

Pemimpin Umno Anggap Rakyat BODOH

Pemimpin UMNO mempersalahkan pemimpin Pakatan Rakyat yang konon perdaya rakyat. Mempersalah tangan rakyat yang mengundi pemimpin Pakatan Rakyat kerana kononnya tertipu dengan dakyah pembangkang.

Apakah Pemimpin-pemimpin UMNO mengira rakyat tidak mampu menilai siapa pemimpin yang di undi?

Adakah hanya jika undi Barisan Nasional baru dikira dilandasan benar dan bila mengundi Pakatan Rakyat maka rakyat tertipu?

Bukankah BN mempunyai media arus perdana?? Tidak cukupkah ruang untuk membantu BN memberi penerangan Jika PR dituduh sebar "dakyah"?? Tidak cukupkah ruang "dakwah" di media arus perdana untuk "membetulkan" kononnya dakyah ini? Bukankah media-media ini setiap hari memperburuk PR?

Sedarlah. Rakyat sudah reti menilai baik buruk siapa pemimpin yang dipilih. Usahlah menjadi hakim bagi pihak mereka. Rakyat sudah cerdik dan dapat access Internet untuk mendapat info melalui media baru.
Read Post | comments

Najib Mula Hapuskan Tol Berkempen Awal Sempena PRU 13

Friday 2 March 2012


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini.

Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM4.5 juta untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sekolah berkenaan.

Sekolah itu akan dibina di tanah seluas 2.4 hektar. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah untuk kemudahan 1,500 murid di kawasan berkenaan.

Najib menjelaskan bukan mudah untuk memutuskan mengenai pembinaan sekolah tersebut memandangkan kesukaran mendapatkan tapak, disebabkan itu kerajaan bersetuju untuk membina SRJK (C) itu di tanah bernilai RM20 juta.

"Jika pembangkang bising bagilah tapak yang lain, kenapa tak bagi tapak lain sedangkan mereka ada kuasa untuk luluskan tapak lain, mereka tak bagi tapi mereka buat bising, kononnya mereka yang memperjuangkan kepentingan masyarakat di situ," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh orang ramai yang hadir.

Beliau menegaskan soal pendidikan bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan dipolitikkan, hakikatnya mesti mencari jalan penyelesaian, yang mana hari ini terbukti kerajaan BN mampu membawa penyelesaian kepada masyarakat Cina di kawasan berkenaan.

"Jika ada kelemahan tertentu, kita bersedia mendengar suara rakyat, saya tidak takut dan saya kata kalau tidak betul InsyaAllah kita akan betulkan tetapi jangan ada pihak menidakkan jasa yang terbesar selama ini ialah jasa yang dibawa kerajaan BN," katanya.

Bodek Umno Sampai Mati

Kalau boleh hapuskan terus tol..lagi senang...
Read Post | comments

Dokumen Perjanjian Di Antara Kerajaan Umno dan Kerajaan Israel Melalui APCO Malaysia


Liputan berita pada bulan Ogos lalu kalau anda semua masih ingat lagi, ada melaporkan yang mana kita telah “sedekahkan” sebanyak RM77 juta tax payers kepada APCO. Siap perbaharui kontrak lagi. Untuk apa? Barisan pemimpin yang sedia di Malaysia tak mampu menggalas amanah yang diberikan rakyat sehinggakan memerlukan bantuan pihak ketiga?

Kerajaan Malaysia bayar mahal-mahal kepada APCO Worldwide, kemudian apabila balik ke Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minta rakyat Malaysia supaya berjimat-cermat. Adakah ianya ditujukan kepada rakyat Malaysia atau…………………………….? (Sila isi tempat kosong tersebut). Siapa kata Malaysia tak mampu jadi yang pertama? Sehingga ke hari ini belum ada jawapan dan respon daripada Kerajaan Malaysia mengenai dakwaan ini dan bayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia didakwa yang tertinggi dikalangan pelanggan APCO Worldwide yang lain. Sekarang sudah 4 bulan masa berlalu, berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk menjawab dakwaan ini? Lagi 6 bulan, setahun?

Perdana Menteri yang terdahulu iaitu mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir pernah berurusan dengan PM Israel. Surat di bawah, ditandatangani oleh Dr. Mahathir Mohamad, bertarikh 16 Ogos 1999 yakni sebelum Pilihanraya Umum ke-10 (PRU 10) dan ditujukan kepada Perdana Menteri Israel pada masa itu, Ehud Barak. Kandungan surat di bawah berbunyi begini :

  • Kandungan “surat” tersebut, Mahathir memulakannya dengan mengucapkan tahniah sebagai mewakili UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas kejayaan Barak dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.
  • Perenggan kedua “surat” ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!
  • Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.
  • Perenggan keempat seterusnya menyebut harapan dan keterbukaan Mahathir dalam memulakan jalinan perhubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dengan Israel.
  •  
Surat Kerjaan Israel dan GCI International





Surat Balasan Penerimaan Dari Kerjaan Umno Malaysia



P/S : Sejarah telah membuktikan. Harap-harap begitulah, sejarah tak berulang sekali lagi.

PP/S : Persoalannya, betulkah apa yang didakwa oleh Anwar Ibrahim Kerajaan Malaysia menggunakan khidmat nasihat daripada APCO di mana APCO Worldwide itu adalah tajaan atau didalangi Israel? Kami tak mahu menyentuh samada APCO ini merupakan tajaan Israel atau tidak. Ini keranan setakat ini tiada bukti yang official dikemukakan untuk menyokong dakwaan ini. (Jikalau ada, boleh kongsikan dengan kami di sini).

Setujukah anda, APCO Worldwide dibiarkan berperanan dalam kerajaan Malaysia ketika ini?
Read Post | comments

3 Surat Mahathir Kepada 3 Perdana Menteri Israel, Mahathir Kata Saya Dah Lupa Dah Biasalah Orang Tua



PKR dan PAS hari ini berpendapat, tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis tiga surat kepada perdana menteri Israel yang telah didedahkan kepada umum jelas membuktikan sikap kepura-puraan beliau yang dilihat tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel, sedangkan secara senyap mengambil pendekatan berbeza terhadap pemimpin Zionis.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail (gambar), kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara khas bersama The Wall Street Journal (WSJ), beliau menolak untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, sedangkan Dr Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan pemimpin Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara kedua-dua negara.

“Ketika beliau sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai ‘pro-Yahudi’, secara senyap-senyap beliau mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin Zionis.

“Kenyataan Anwar yang diserang oleh media UMNO-BN (Barisan Nasional) dibuat apabila disoal akhbar antarabangsa Wall Street Journal berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin, beliau menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi,” katanya.

“Beliau juga mengungkapkan bahawa jika syarat mewujudkan keamanan di Palestin ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Namun Anwar juga menolak hubungan diplomatik dengan Israel di dalam wawancara tersebut.”

Tambahnya, “Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan perdana menteri Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin”.

Menurut Saifuddin, sikap berkenaan diteruskan dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri najib Razak yang menggunakan APCO sebagai perunding mereka, yang mana antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan, pendedahan surat-surat Dr Mahathir itu mengesakan kebenaran dakwaan Anwar sebelum ini dan membuktikan sikap kepura-puraan Dr Mahathir selama ini adalah benar.

“Pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan PKR selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepuraan ini. PKR akan terus menyokong usaha mencapai kedamaian berkekalan di Timur Tengah dan keadilan buat rakyat Palestin,” katanya lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, menuntut Dr Mahathir membuat penjelasan berhubung pendedahan tersebut supaya rakyat boleh faham, dan berlaku adil terhadap isu Israel negara haram itu.

“Sebelum ini kita menghadapi isu yang menyatakan Anwar mengiktiraf Israel, Tun (Mahathir) pula sudah keluarkan surat dengan jelas berkenaan hubungan Malaysia-Israel, walaupun tiada hubungan diplomatik, jadi PAS beri peluang kepada beliau untuk membuat penjelasan supaya rakyat faham dan boleh menilai berkenaan perkara ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini juga menuntut penjelasan Dr Mahathir yang berselindung di sebalik menuntut keamanan di Timur Tengah, sedangkan pada 1997, beliau telah menjemput pasukan kriket Israel ke Malaysia, yang mana Salahuddin telah dipenjarakan di Penjara Kajang kerana membantah kehadiran mereka.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, pula membuat pendirian berbeza apabila mengatakan Dr Mahathir tidak perlu membuat sebarang penjelasan kerana beliau akan melakukan lebih banyak penyelewengan fakta apabila penjelasan dibuat.

Sebaliknya, beliau menegaskan, surat-surat berkenaan dengan jelas telah menzahirkan keinginan Dr Mahathir untuk mengadakan hubungan dagang dengan Israel secara tidak rasmi.

“Surat ini tidak mengejutkan saya,” katanya. “Jelas sudah terbukti Dr Mahathir sudah menzahirkan komitmen secara terbuka untuk mengadakan hubungan diplomatik dan dagangan apabila mengeluarkan surat-surat berkenaan.

“Tun menjanjikan akan mengadakan hubungan dengan Israel sekiranya mereka memberikan kebebasan kepada Palestin, jadi beliau seharusnya menjadi orang terakhir yang memberikan maklum balas terhadap kenyataan Anwar dalam WSJ,” tegasnya yang melihat tindakan mengutus surat itu satu langkah yang “proaktif” diambil Dr Mahathir untuk menjalin hubungan dengan Israel.
Read Post | comments

Perkasa Adalah Satu Kegagalan Dalam Umno - Puncanya Adalah Ibrahim


Secara tertutup, Mahathir terpaksa mengakui realiti bahawa Perkasa, gagal. Perkasa mendapat kontrak bagi mewar-warkan agenda perkauman Umno tetapi mendapati ia sukar untuk mendapat sokongan bagi politik jenis kotor ini.

Walau bagaimanapun, memandangkan pembiayaan disediakan secukupnya, Perkasa akan terus memutar-belitkan setiap isu di Malaysia menjadi isu perkauman dan agama. Ideanya adalah untuk menjadikan Melayu dan bukan Melayu berantakan antara satu sama lain dan menakutkan kedua-dua kumpulan ini untuk bersatu padu di bawah satu platform politik - Umno - supaya golongan elit yang memerintah boleh hidup seperti sheikh di negara kaya dengan minyak dengan wang titi peluh rakyat.
Orang-orang Kristian, menjadi penganut agama ke-2 terbesar di Malaysia dan boleh menjadi sebuah kumpulan kuasa ke-3 yang berpotensi dalam politik, akan menjadi mangsa.

Pertemuan penuh rahsia ini penting bukan kerana apa yang telah dibincangkan secara rasmi tetapi lebih kepada apa yang dibincangkan secara tidak rasmi diluar perjumpaan itu.

Hindraf Makkal Sathi telah dipersetujui akhirnya sebagai satu rahmat tersembunyi kepada UMNO. Lebih banyak Hindraf berkokok mengenai perkauman,lebih ramai orang Melayu akan bersatu di belakang UMNO, ini adalah keputusan dari perjumpaan sampingan.

Taruhan besar dalam politik Umno inilah yang memecah-belahkan rakyat, ”supaya Umno boleh terus memecah dan memerintah seperti apa yang telah dilakukan pihak British”
Read Post | comments

Kegagalan Sistem Pengangkutan Malaysia Adalah Disebabkan Pemerintah


Sudah lebih 50 tahun negara kita merdeka dan BN yang juga telah memerintah negara kita lebih daripada 50 tahun, dengan dakwaan kononnya mereka ini ini penuh dan punyai pengalaman yang luas dalam menguruskan kerajaan, namun sistem dan kemudahan pengangkutan awam di negara kita ini masih di dalam keadaan yang memeritkan sehingga ke hari ini.

Sehinggalah ke hari ini, rakyat jelata masih mengeluh pada setiap hari mengenai pelbagai masalah dan karenah sewaktu berada di atas jalanraya ataupun semasa menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk berulang-alik dari rumah ke pejabat dan dari pejabat ke rumah.

Kegagalan kerajaan BN untuk menangani masalah tersebut yang semakin berleluasa saban hari jelas terpapar pada muka setiap rakyat yang menggunakan jalanraya dan kemudahan pengangkutan awam untuk berurusan. Oleh itu para pemimpin BN perlu bertanggungjawab penuh ke atas kegagalan tersebut.

Yang kita sering perhatikan adalah di hampir kesemua projek mega dan pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan BN dipaparkan papan tanda yang besar dengan perkataan “Satu Lagi Projek Oleh Kerajaan Barisan Nasional” bagi mengingatkan rakyat akan “jasa” BN itu pada setiap hari.

Selain daripada itu, risalah-risalah dan panduan pelancongan negara juga sering memaparkan destinasi yang bewarna-warni, bangunan-bangunan bercakar langit, struktur-struktur yang canggih, perkhidmatan monorail yang berteknologi tinggi, keindahan dan keunikan lapangan terbang antarabangsa KLIA serta lain-lain daya tarikan yang dapat menarik perhatian pelancong asing untuk ke negara kita. Ya, memang menarik apabila diperhatikan kesemua risalah pelancongan tersebut dari mata kaca kita.

Akan tetapi, apabila kesemua bentuk pembangunan, projek dan tarikan ini dibina dengan menggunakan sumber-sumber daripada tanah rakyat dan wang-wang yang telah diperoleh juga daripada rakyat telah mengakibatkan lebih daripada 10 juta rakyat, bahkan juga lebih daripada 10 ribu murid-murid sekolah dan warga emas terperangkap di tengah-tengah perjalanan mereka hampir pada setiap hari sewaktu dalam perjalanan mereka dari rumah ke pejabat, dari rumah ke sekolah dan sebaliknya, apakah penjelasan kerajaan BN terhadap semua masalah tersebut.

Kenapa wang ringgit yang diambil daripada hasil titik peluh rakyat oleh kerajaan BN ini untuk tujuan pembangunan dan perlaksanaan projek perlu dibalas pula penderitaan yang sebegini? Ini tidak berbaloi sama sekali kerana apa nilai yang rakyat bayar perlulah dibalas dengan nilai perkhidmatan yang cekap dan efisien, kalau pun sekurang-kurangnya ia memuaskan hati rakyat.

Sebaliknya ia tidak terjadi!

Apakah menteri-menteri kita buat?

Apakah sebenarnya langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh menteri-menteri yang berkenaan bagi menangani masalah dan karenah sedemikian? Kenapalah menteri-menteri negara kita ini langsung tidak punyai kebolehan untuk menawar atau memberikan kepada rakyat jelata suatu sistem pengangkutan awam yang lebih baik dan efisien.

Sudah lebih 50 tahun BN memerintah, ditambahkan dengan ratusan projek pembangunan yang menyeluruh di negara ini, namum ianya tidak menampakkan sebarang penyelesaian yang lebih berkesan terhadap masalah sistem dan kemudahan pengangkutan awam yang kian memeritkan.

Janji demi janji ditaburkan, bila tiada tindakan, diberikan pula alasan kononnya kajian sedang dijalankan dan diminta masa sehingga beberapa tahun untuk suatu penyelesaian diputuskan. Masalahnya, ramai kroni-kroni BN yang diberikan kontrok untuk menguruskan kesemua projek-projek mega dan pembangunan dan juga menguruskan sistem serta kemudahan pengangkutan awam. Jadi, apakah kesudahannya?

Adakah para pemimpin BN ini benar-benar peka akan penderitaan rakyat yang telah sekian lama terperangkap di dalam kesesakan lalulintas yang begitu buruk sekali pada setiap hari, dari pagi hinggalah malam. Kesesakan ini bukanlah suatu fenomena yang biasa tetapi telah bertukar menjadi sesuatu yang amat tragik sekali, di mana kesesakan tersebut sentiasa mencecah di antara 5 hingga 10 kilometer.

Beranikah para pemimpin BN dan mentri-menteri kabinet mencuba pengalaman sebegini di tengah-tengah kotaraya?

Kenderaan kian bertambah

Dengan kesesakan lalulintas dan masalah sistem serta kemudahan pengangkutan awam yang sehingga kini masih tidak menampakkan sebarang penyelesaian, ianya diburukan lagi dengan penambahan jumlah kenderaan di permukaan jalan ini. Ianya dikatakan sedang berlaku hampir setiap hari.

Jika ditinjau pada setiap isi rumah pada hari ini, kita boleh dapati hampir setiap ahli keluarga mempunyai kenderaan mereka sendiri, malah ada sebuah keluarga boleh memiliki antara 4 hingga 6 buah kenderaan. Bolehkah kita salahkan mereka ini kerana tidak atau enggan menggunakan kemudahan pengangkutan awam?

Selain itu, tempat letak kereta di komuter KTM akan dipenuhi kenderaan seawal 5 pagi pada setiap hari. Kos dan bayaran tempat letak kereta pula semakin meningkat. Dan adakah kerajaan BN serta menteri-menterinya tahu apakah yang sedang berlaku?

Dapatkah para menteri kerajaan BN ini memahami bahawa keadaan kesesakan lalulintas ditambah pula dengan kenaikan kos tempat letak kereta dan juga pembaziran produktiviti rakyat jelata terhadap keadaan sebegini. Adakah para pemimpin BN ini sedar bahawa murid-murid sekolah akan berada di atas jalanraya seawal 5 pagi pada setiap hari.

Adakah para penggubal dasar BN ini menyedari bahawa jutaan rakyat di negara ini akan hanya dapat sampai kembali ke rumah mereka selepas jam 8 malam di mana waktu pejabat sebenarnya tamat pada jam 5 petang setiap hari? Adakah para penggubal dasar BN ini menyedari apakah yang mengakibatkan penambahan jmlah kenderaan di atas jalan pada setiap hari?

Dan jawapan yang lazim diberikan oleh para pemimpin BN ini adalah kerajaan senantiasa mengkaji langkah-langkah baru yang lebih berkesan bagi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan awam.

Yang lebih buruk lagi, ada menteri-menteri dan pemimpin BN yang menjawab “tidak ada negara di dunia ini yang tidak menghadapi masalah kesesakan lalulintas”. Maknanya mereka ini langsung tidak berminat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Para pemimpin BN sekalian, usah beri sebarang alasan lagi. Kalau tidak mampu, mengakulah kamu semua tidak mampu lagi, kalau gagal, mengakuilah kegagalan kamu dan usah berbohong dan berikan macam-macam alasan ataupun berdolak-dalih mengenai masalah tersebut.

Kita ambil contoh di kotaraya Bangkok di Thailand dan Taipei di Taiwan, walaupun ianya adalah merupakan antara dua metropolitan yang paling sibuk, namum masalah kesesakan lalulintas di dua negara tersebut adalah pada tahap yang paling minima. Ini adalah kerana sistem dan kemudahan pengangkutan awam di negara tersebut adalah sangat efisien. Selain daripada itu, jalan-jalanraya, lebuhraya dan terowong banyak dibina dan dibangunkan di dua kotaraya tersebut bagi memudahkan rakyat Thailand dan Taiwan untuk berurusan dan menjalankan tanggungjawab harian mereka.

Konspirasi untuk pastikan Proton terus hidup



Oleh kerana masalah tersebut langsung tidak menampakkan sebarang penyelesaian, rakyat mula mensyaki yang keadaan tersebut adalah merupakan suatu konspirasi kerajaan BN untuk memastikan pengeluar kereta nasional, Proton yang asyik mengalami kerugian, akan terus dapat menguasai pasaran tempatan.

Ini adlaah hakikat! Apabila kesesakan lalulintas semakin buruk, ditambah pula dengan keadaan kemudahan pengangkutan awam yang tidak efisien, rakyat akan memilih untuk memiliki kenderaan sendiri sebagai suatu jalan penyelesaian. Dan oleh kerana kos sesebuah kenderaan import dan berkualiti adalah lebih mahal, rakyat pula akan terpaksa memilih jenama kenderaan yang lebih murah, kurang bermutu dan berpatutan seperti Proton.

Bolehkah kita menyeru rakyat agar tidak membuat andaian sedemikian? Sudah tentunya tidak, oleh kerana keadaan dan masalah tersebut sudah pun terpapar di muka setiap rakyat. Jadi, haruskah rakyat disalahkan pula kerana inginkan sebuah kenderaan sendiri?

Apakah maknanya pembangunan, projek-projek mega dan pembinaan struktur-struktur yang begitu canggih sekali serta membanggakan negara, sedangkan rakyat jelata tidak dapat menikmati sebarang manfaat tersebut. Apakah maknanya segala pembangunan tersebut, sekiranya projek-projek tersebut tidak dapat membawa apa-apa keselesaan kepada rakyat, bahkan menambah lagi penderitaan dan penyiksaan psikologi terhadap rakyat jelata.

Apakah yang perlu dibanggakan dengan laungan “Malaysia Boleh” sedangkan rakyat masih terus menderita pada setiap hari dan tidak mempunyai masa yang berkualiti dan mencukupi untuk dinikmati bersama keluarga? Ya, “Malaysia Boleh”, kroni- kroni BN akan terus bertambah kaya!

Sumber  : Malaysia Chronicle
Read Post | comments

Kesian Anda Baru Tahu Malaysia Dah Lama Adakan Hubungan Dengan Israel


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan bahawa pihak yang ghairah dan sedemikian bernafsu menuduh orang lain pro Yahudi menghentikan bersikap hiprokit.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, sikap hipokrit yang ditunjukkan oleh kenyataan pemimpin-pemimpin kerajaan yang sayangnya juga didukung oleh sebahagian pemimpin NGO dan tokoh masyarakat, telah mengelirukan rakyat sehingga semua pemberitaaan yang diolah oleh media arus perdana menutup kebenaran.

“Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad yang menulis surat kepada tiga Perdana Menteri Israel - Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak lebih rasmi mengadakan perhubungan dengan Israel.

“Apakah pemimpin kerajaan dapat menafikan hakikat bahawa sejak zaman Tun Mahathir sendiri lagi isyarat untuk mengadakan hubungan dengan Israel sudah mula dirintis?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat selama ini telah dikaburi dengan sandiwara pemimpin negara bahawa kononnya Malaysia sama sekali tidak berhubung dengan Israel.

Justeru, tegasnya Mapim menuntut agar kerajaan mengisytiharkan dengan jelas apakah sebenarnya dasar perhubungan luar antara Malaysia  dengan Israel.

Beliau berkata, nampaknya semua fakta yang mula terdedah jelas menunujukkan bahawa Malaysia sememangnya ada hubungan dengan Israel.

Menurutnya, dunia akan melihat dasar hipokrit yang akan menelanjangkan Malaysia di kacamata seluruh masyarakat antarabangsa.

Katanya, di satu pihak Malaysia nampak sangat lantang mengutuk Israel, akan tetapi di pihak yang lain kerjasama perdagangan ekonomi sangat subur antara dua negara itu.

“Sekarang PM tidak boleh lagi berselindung bahawa memang benar beliau telah mengupah APCO sebuah syarikat konsultan komunikasi Israel untuk membantu memperbaikki imej pemimpin BN,” ujarnya lagi.

Mapim, ujarnya menegaskan bahawa polisi yang tidak konsisten itu akan meletakkan  imej Malaysia sebagai negara yang tidak berintegriti dalam hubungannya dengan Israel.


Malah, kata beliau akan menjadi momokan seluruh dunia bila Malaysia adalah antara negara yang aktif berdagang dengan Israel  tetapi dalam masa yang sama sering mengutuk Israel.

“Dengan tidak mengiktiraf Israel tetapi aktif berdagang dengan Israel sudah cukup bagi Israel untuk menjadikan Malaysia sebagai negara rakannya yang strategik untuk menjaga kepentingan Israel dengan cara yang paling efektif,” katanya.

Malah, katanya dengan mengambil syarikat Israel untuk menjadi penasihat komunikasi untuk menaikkan imej pemimpim kerajaan dan juga melantik syarikat Israel untuk menguruskan data keselamatan negara akan menjadikan Malaysia sebagai alat Israel yang mudah diolah untuk menjaga kepentingan Israel.

Tegasnya, Mapim tidak dapat menerima dan membantah keras pemimpin negara yang secara rahsia mengadakan hubungan dengan Israel.

“Kerajaan perlu memastikan bahawa semua urusniaga yang dilakukan oleh syarikat Malaysia dengan Israel dikawal dengan rapi dan mengujudkan polisi mengharamkan sebarang urusan perdagangan dengan Israel,” katanya lagi.

ANTARA SEDAR ATAU TIDAK SEDAR, PADA TAHUN 2012 MASIH ADA LAGI YANG TAK TAHU MALAYSIA MEMANG DAH LAMA ADAKAN HUBUNGAN DENGAN ISRAEL. IANYA MELALUI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, ITU SEMUA KENA TANYA PEMERINTAH YANG $%^&&..MALAS NAK CAKAP...
Read Post | comments

Bekas Adun BN Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz Akan Dedah Tembelang Najib

Thursday 1 March 2012


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.

Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).

Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik ‘membayar’ untuk mendapatkan sokongan.Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang ‘indah-indah sahaja’.

Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.

“Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato’ Seri Anwar Ibrahim,

“Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,

“Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang,” ujarnya lagi.
Read Post | comments

Dah Agak Dah Mesti Ada Juga Bangsat Yang Nak Backup Mahathir ni


Memang itu la sifat penyokong-penyokong bodoh si Mahathir ni. Boleh mereka kata video itu diedit..sungguhlah malang pemikiran pembodek umno ini.

 " Saya baru mendapat tahu yang video Tun Dr Mahathir itu telah pun diedit dan diambik sekerat sahaja dari kejadian itu dan tidak sepenuhnya. Menurut pelajar UNIMAS yang hadir pada KONVENSYEN itu, ada pembetulan yang dibuat SELEPAS pandangan Tun M itu. Saya minta sesiapa yang ada di dewan itu boleh memberikan sedikt komen,  Supaya kita tidak cepat melatah dan menghukum sesama manusia. Wallahualam

dey tambi, bukan aku bodoh, sebab salah seorang peserta yang hadir itu adalah ustaz aku sendiri..Aku buat blog ini selepas ustaz berkenaan mencerita kepada aku perkara sebenar. Memang Mahathir cakap begitu dan tiada pembetulan dibuat. Ko tak kenal ke dengan Mahathir tu, takkan die nak jilat ludah die balik..


Janganlah ko nak penipu rakyat Malaysi yang Mahathir tu buat silap, sebab die memang dah lama tahu kesilapannya dan taknak bertaubat..janganlah ko suruh kami maafkan sahaja perbuatannya itu, sebab setiap manusia ada buat kesilapan. Kalau betul die nak bertaubat buat LIVE kat TV minta maaf kepada rakyat Malaysia secara terbuka. Tapi bagi aku mustahil Si mahathir ni akan buatkan..sukat hati koranglah...Teruskan Membodek UMNO sampai ke jubo..
Read Post | comments

Mahathir Tak Perlu Mengelabah Siasatan Ke Atasnya Ekoran Kerugian RM100 bilion Dana Awam


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat tidak gelabah sehingga menuding jari kepada orang lain berhubung desakan audit dijalankan ke atasnya ekoran kerugian hampir RM100 bilion dana awam di zamannya.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohamad Nor berkata, tindakan gelabah Dr Mahathir itu hanya memperlihatkan diri beliau semakin tersepit dengan desakan itu.

"DPPM merasakan Tun Dr Mahathir berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Beliau seharusnya bertenang... beliau tidak seharusnya merasa panik dengan cadangan tersebut kerana ia boleh menyelesaikan isu yang berbangkit," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir hari ini yang mahu sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri.

Desakan audit terhadap Dr Mahathir itu sebelum ini dicadangkan penasihat DAP Lim Kit Siang

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang.

Mengulas lanjut, Riduan berkata kenyataan Dr Mahathir hari ini itu sebagai mengalih pandangan dan cuba mengaitkan pemimpin negara yang pernah dan sedang berada di puncak kuasa supaya mereka juga turut disiasat.

Katanya lagi, ini termasuklah Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bekas Perdana Menteri serta Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menjadi Perdana Menteri.

"Datuk Seri Najib adalah anak kepada Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang kedua. Ia seakan memberi mesej bahawa kesemua mereka perlu diaudit dan disiasat secara terperinci kerana turut terbabit dengan dakwaan kerugian dana awam bernilai RM 100 bilion di bawah pemerintahannya.

"Ia juga sebagai suatu peringatan bahawa kesemua mereka juga bermasalah dan perlu disiasat seperti mana beliau," kata Riduan lagi.

Sambil menyokong audit dijalankan terhadap Dr Mahathir, beliau juga menasihatkan bekas perdana menteri itu bersedia dinilai oleh rakyat.

Lagipun kata Riduan, dakwaan terhadap Dr Mahathir itu membabitkan dana rakyat dan negara dan jumlahnya terlalu banyak, iaitu RM100 bilion yang boleh menyebabkan negara menjadi muflis dan rakyat papa kedana.

"Tun Dr Mahathir tidak perlu risau dengan cadangan ini dan pelaksanaannya nanti sekiranya beliau benar tidak bersalah," tegasnya.
Read Post | comments

Bila Artis Malaysia Bercakap Tentang Hudud


Bila Artis Malaysia Bercakap Tentang Hudud akan memberikan impak kepada followers mereka dari sudut yang positive dan juga negative. Seharusnya, para wartawan tidak perlu bertanyakan soalan ini kepada artis kerana bukan lah kepakaran mereka untuk bercakap tentang hukum ini dijalankan di Malaysia ini.

Bila wartawan dah tanya, ada juga artis yang bijak memberikan jawapan yang selamat, kalau nak cakap tak tahu karang nampak sangat cetek dalam ilmu keagamaan, malu kepada beribu ribu peminat dan juga rakan artis yang lain, tapi bila cakap takut ada peminat yang tak suka dan mempertikaikan jawapan nya.

Akan tetapi seelok eloknya, jika kita ditanya tentang perkara yang kita tidak pasti tentang jawapannya adalah lebih baik kita berkata maaf, saya tidak boleh memberi penjelasan tentang perkara tersebut kerana ia bukan lah kepakaran saya dan saya amar daif tentang perkara tersebut, kerana jawapan pada soalan tersebut lebih baik dan elok jika ditanyakan kepada orang orang alim, para ulama yang dan juga ahli ahli kitab. Tiada orang yang akan mempertikaikan sekiranya kita tidak memberi komen tentang perkara yang kita sendiri tidak pasti.
Para artis juga mesti sedar, Isu hukum hudud yang ingin dijalankan oleh Kerajaan Pas Kelantan pada negeri Kelantan dan di tentang oleh kerajaan barisan Nasional akan memberi sedikit dan sebanyak impak kepada para artis tadi terhadap pandangan politik mereka berdasarkan jawpan jawapan yang mereka beri.

Mari kita lihat sendiri apa komen beberapa artis artis Malaysia terhadap Hukum Hudud, Hukum Allah SWT ini. Kenyataan beberapa artis mengenai perlaksanaan Hukum Hudud..

“Rasanya ramai terkejut mendengar berita ini,jika ia benar-benar dijalankan di Negara kita satu masa nanti. Hukum Hudud memanglah sudah termaktub dalam undang-undang Islam, tetapi susah juga kalau kita nak ikut. Banyak perkara perlu diambil kira kalau hukum Hudud dilaksanakan nanti, macam manapun kita tak boleh haling sekiranya ia berlaku” Ayu Raudah. 

“Memanglah zaman dulu orang Islam mengamalkan hukum Hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang ia tak sesuai, Malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, Pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimanapun semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya.” Enot 

“Kalau nak melaksanakan hukum Hudud banyak perkara perlu diberi pertimbangan dan penilaian. Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, mungkin di Negara Arab ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dahulu lagi. Tetapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun hukum hudud ditetapkan dalam Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini” Heliza AF.

“Bagi saya, bila isu ini mula diperkatakan, rasanya ramai tidak setuju untuk melaksanakan hukum Hudud sekarang. Memang tidak dinafikan hukum Hudud sudah tertulis dalam agama kita tetapi tidak wajar dilaksanakan terus. Mungkin ia boleh dicuba terlebih dahulu oleh pihak berkenaan, contohnya mereka boleh laksanakan disesebuah negeri dahulu. Jika dilihat baik dan memberi banyak menafaat barulah diteruskan, tetapi jika sebaliknya pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut. Lagipun banyak penganut agama lain yang menetap disini, rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka lagipun kita sama-sama hamba, Allah S.W.T. yang berikan kita peluang untuk berubah” Aziz Sattar.

Adakah kita lupa atau sengaja melupakan…

Ibnu Abbas menyatakan:

.وَمَنْ أَقَرَّ بَهَ وَلَمْ يَحْكُمْ، فَهُوَ ظَالِمٌ فَاسِقٌ . مَنْ جَحَدَ مَا أَنْزَلَ اللهُ فَقَدْ كَفَرَ

“Barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah, sesungguhnya dia telah kafir. Dan barangsiapa yang mengakuinya (keberadaan hukum) namun tidak berhukum dengannya, maka dia adalah zalim, fasik”.

Allah SWT menentukan takdir serta seseorang, kita hanya mampu berusaha tetapi Allah SWT yang maha berkuasa yang menetukan, akan tetapi kita juga dianugerahkan satu akal dan fikiran yang tidak ternilai harganya untuk kita membuat keputusan untuk memilih jalan yang terbaik bagi kita.
Read Post | comments (2)

Surat Yang Ditulis Oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel Pada 1997



Berikut Adalah Surat Yang Ditulis Oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel Pada 1997, Seperti Yang Dikeluarkan Oleh Kementerian Luar Kepada Bernama .

PERDANA MENTERI MALAYSIA
14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam.
Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan.

Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.
Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan.
Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya.

Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang.
Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan.

Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel.
Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri.

Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan.

Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun.
Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan.

Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel.

Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.
Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan.

Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini.
Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka.

Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel.

Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.
Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam.

Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang.
Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.
Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah.
Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Bodoh!!!..Mahathir berhasrat semenjak tahun 1997 mahu mengadakan hubungan yang baik dengan Israel.. Mahu mengadakan kerjasama ekonomi dan eknologi negara Israel Yahudi Laknatullah...

Sakit hati betul saya bila dapat tahu, perkara sebegini, die yang tuduh orang tu orang ni, tapi yang sebenarnya mahathir sebenar yang berhasrat untuk mengadakan hubungan Diplomatik dengan si bangsat yahudi ni...setan.

Si bangang Pekida/Perkasa/jati dan bangang-bangang sekali dan si pembodek umno si penjilat bontot umno tgk siapa yang sebenar pro Israel ni..

Read Post | comments (1)
 
© Copyright Bodek Umno Sampai Mati 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all