Go to

Friday 2 March 2012

Dokumen Perjanjian Di Antara Kerajaan Umno dan Kerajaan Israel Melalui APCO Malaysia


Liputan berita pada bulan Ogos lalu kalau anda semua masih ingat lagi, ada melaporkan yang mana kita telah “sedekahkan” sebanyak RM77 juta tax payers kepada APCO. Siap perbaharui kontrak lagi. Untuk apa? Barisan pemimpin yang sedia di Malaysia tak mampu menggalas amanah yang diberikan rakyat sehinggakan memerlukan bantuan pihak ketiga?

Kerajaan Malaysia bayar mahal-mahal kepada APCO Worldwide, kemudian apabila balik ke Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minta rakyat Malaysia supaya berjimat-cermat. Adakah ianya ditujukan kepada rakyat Malaysia atau…………………………….? (Sila isi tempat kosong tersebut). Siapa kata Malaysia tak mampu jadi yang pertama? Sehingga ke hari ini belum ada jawapan dan respon daripada Kerajaan Malaysia mengenai dakwaan ini dan bayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia didakwa yang tertinggi dikalangan pelanggan APCO Worldwide yang lain. Sekarang sudah 4 bulan masa berlalu, berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk menjawab dakwaan ini? Lagi 6 bulan, setahun?

Perdana Menteri yang terdahulu iaitu mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir pernah berurusan dengan PM Israel. Surat di bawah, ditandatangani oleh Dr. Mahathir Mohamad, bertarikh 16 Ogos 1999 yakni sebelum Pilihanraya Umum ke-10 (PRU 10) dan ditujukan kepada Perdana Menteri Israel pada masa itu, Ehud Barak. Kandungan surat di bawah berbunyi begini :

  • Kandungan “surat” tersebut, Mahathir memulakannya dengan mengucapkan tahniah sebagai mewakili UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas kejayaan Barak dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.
  • Perenggan kedua “surat” ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!
  • Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.
  • Perenggan keempat seterusnya menyebut harapan dan keterbukaan Mahathir dalam memulakan jalinan perhubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dengan Israel.
  •  
Surat Kerjaan Israel dan GCI International





Surat Balasan Penerimaan Dari Kerjaan Umno Malaysia



P/S : Sejarah telah membuktikan. Harap-harap begitulah, sejarah tak berulang sekali lagi.

PP/S : Persoalannya, betulkah apa yang didakwa oleh Anwar Ibrahim Kerajaan Malaysia menggunakan khidmat nasihat daripada APCO di mana APCO Worldwide itu adalah tajaan atau didalangi Israel? Kami tak mahu menyentuh samada APCO ini merupakan tajaan Israel atau tidak. Ini keranan setakat ini tiada bukti yang official dikemukakan untuk menyokong dakwaan ini. (Jikalau ada, boleh kongsikan dengan kami di sini).

Setujukah anda, APCO Worldwide dibiarkan berperanan dalam kerajaan Malaysia ketika ini?
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Bodek Umno Sampai Mati 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all