Go to

Thursday 1 March 2012

Bila Artis Malaysia Bercakap Tentang Hudud


Bila Artis Malaysia Bercakap Tentang Hudud akan memberikan impak kepada followers mereka dari sudut yang positive dan juga negative. Seharusnya, para wartawan tidak perlu bertanyakan soalan ini kepada artis kerana bukan lah kepakaran mereka untuk bercakap tentang hukum ini dijalankan di Malaysia ini.

Bila wartawan dah tanya, ada juga artis yang bijak memberikan jawapan yang selamat, kalau nak cakap tak tahu karang nampak sangat cetek dalam ilmu keagamaan, malu kepada beribu ribu peminat dan juga rakan artis yang lain, tapi bila cakap takut ada peminat yang tak suka dan mempertikaikan jawapan nya.

Akan tetapi seelok eloknya, jika kita ditanya tentang perkara yang kita tidak pasti tentang jawapannya adalah lebih baik kita berkata maaf, saya tidak boleh memberi penjelasan tentang perkara tersebut kerana ia bukan lah kepakaran saya dan saya amar daif tentang perkara tersebut, kerana jawapan pada soalan tersebut lebih baik dan elok jika ditanyakan kepada orang orang alim, para ulama yang dan juga ahli ahli kitab. Tiada orang yang akan mempertikaikan sekiranya kita tidak memberi komen tentang perkara yang kita sendiri tidak pasti.
Para artis juga mesti sedar, Isu hukum hudud yang ingin dijalankan oleh Kerajaan Pas Kelantan pada negeri Kelantan dan di tentang oleh kerajaan barisan Nasional akan memberi sedikit dan sebanyak impak kepada para artis tadi terhadap pandangan politik mereka berdasarkan jawpan jawapan yang mereka beri.

Mari kita lihat sendiri apa komen beberapa artis artis Malaysia terhadap Hukum Hudud, Hukum Allah SWT ini. Kenyataan beberapa artis mengenai perlaksanaan Hukum Hudud..

“Rasanya ramai terkejut mendengar berita ini,jika ia benar-benar dijalankan di Negara kita satu masa nanti. Hukum Hudud memanglah sudah termaktub dalam undang-undang Islam, tetapi susah juga kalau kita nak ikut. Banyak perkara perlu diambil kira kalau hukum Hudud dilaksanakan nanti, macam manapun kita tak boleh haling sekiranya ia berlaku” Ayu Raudah. 

“Memanglah zaman dulu orang Islam mengamalkan hukum Hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang ia tak sesuai, Malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, Pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimanapun semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya.” Enot 

“Kalau nak melaksanakan hukum Hudud banyak perkara perlu diberi pertimbangan dan penilaian. Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, mungkin di Negara Arab ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dahulu lagi. Tetapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun hukum hudud ditetapkan dalam Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini” Heliza AF.

“Bagi saya, bila isu ini mula diperkatakan, rasanya ramai tidak setuju untuk melaksanakan hukum Hudud sekarang. Memang tidak dinafikan hukum Hudud sudah tertulis dalam agama kita tetapi tidak wajar dilaksanakan terus. Mungkin ia boleh dicuba terlebih dahulu oleh pihak berkenaan, contohnya mereka boleh laksanakan disesebuah negeri dahulu. Jika dilihat baik dan memberi banyak menafaat barulah diteruskan, tetapi jika sebaliknya pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut. Lagipun banyak penganut agama lain yang menetap disini, rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka lagipun kita sama-sama hamba, Allah S.W.T. yang berikan kita peluang untuk berubah” Aziz Sattar.

Adakah kita lupa atau sengaja melupakan…

Ibnu Abbas menyatakan:

.وَمَنْ أَقَرَّ بَهَ وَلَمْ يَحْكُمْ، فَهُوَ ظَالِمٌ فَاسِقٌ . مَنْ جَحَدَ مَا أَنْزَلَ اللهُ فَقَدْ كَفَرَ

“Barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah, sesungguhnya dia telah kafir. Dan barangsiapa yang mengakuinya (keberadaan hukum) namun tidak berhukum dengannya, maka dia adalah zalim, fasik”.

Allah SWT menentukan takdir serta seseorang, kita hanya mampu berusaha tetapi Allah SWT yang maha berkuasa yang menetukan, akan tetapi kita juga dianugerahkan satu akal dan fikiran yang tidak ternilai harganya untuk kita membuat keputusan untuk memilih jalan yang terbaik bagi kita.
Share on :

2 comments:

Anonymous said...

Bila komen tentang sesuatu perlu ilmu di dada. Kalau artis setakat bagi pendapat sendiri dan mengabaikan quran dan hadis, baik x payah komen. Simpan untuk diri sendiri je.

"Jika dilihat baik dan memberi banyak menafaat barulah diteruskan, tetapi jika sebaliknya pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut" Aziz Sattar.

Jadi hukuman yang tuhan (yang cipta kita dari tanah)buat boleh kita test dulu. Kalau ok, teruskan. Kalau x, x payah teruskan? Jadi x perlu la En Aziz baca quran dan rujuk hadis lagi. Kalau dari mula dah meragui quran dan hadis, apa gunanya?

Anonymous said...

Lagi baca komen artis ni, rasa nak lagi jauhkan diri dari dorang dan TV. Masyaallah.

Post a Comment

 
© Copyright Bodek Umno Sampai Mati 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all