Go to

Facebook

Followers

Paling Suka

Pilihan Anda PRU 13

Kenyataan Ustaz Azhar Idrus Berkenaan Dengan Jawapan Mahathir Tentang Hudud

Wednesday 29 February 2012


Apabila orang yang jahil dalam agama berkata-kata..maka timbullah karut marutnya..!
Yang mengikut nafsu serta mengikut logik akalnya...!

(Sama-samalah kita insaf.. Kalau kita jahil maka akan terselahlah lagi kejahilan kita..
Lebih baik kita diam sahaja daripada berkata..
Yang menerima ialah mereka yg jahil sahaja..
Yang terpelajar dan berilmu tidak terpengaruh sama sekali..)

**JANGAH JADI JAHIL MURAKKAB (Dah jahil menyesatkan orang lain pulak)

Firman Allah:-
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkannya kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya."
(Suran Al-A'raaf, Ayat : 33)

janganlah melampau sangat, kalau tak mampu nak laksanakan katalah tak mampu, jangan pula mempermainkan hukum Allah..inilah dia contoh veteran UMNO yang tidak ada ilmu agama...sokong la umno sampai mati...bagus sangat2..
Read Post | comments

Kalau Selamat Pindahkan Kilang Lynas Di Putrajaya

Tuesday 28 February 2012


Najib Tun Razak memberi sepenuh jaminan bahawa kilang Lynas di Gebeng Kuantan itu selamat.
Beliau dilaporkan berkata:
Datuk Seri Najib Razak mengetepikan kebimbangan yang dibangkitkan peserta demonstrasi anti-Lynas, menegaskan loji pembersihan nadir bumi bernilai RM700 juta di Kuantan adalah selamat dari segi “fakta dan saintifik”.

Maka, Tulang Besi mencadangkan supaya kilang Lynas ini dipindahkan dari Gebeng ke Putrajaya.
Lebih elok, kilang Lynas ini dibina di belakang kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.
Lagi satu, Tulang Besi ada mendapat maklumat yang Tulang Besi tidak boleh mengesahkannya.
Iaitu, seorang MP PAS yang menyokong projek Lynas ini pernah menjadi konsultan kepada Lynas sebelum projek ini berjalan.

Maka, tidak hairanlah pihak media seluruh Malaysia sedang berusaha bersungguh2 untuk mendapat kenyataan MP PAS ini bagi menyokong projek Lynas.
Read Post | comments

Ustaz Badrulamin Dinasihatkan Cuti Sebulan

Monday 27 February 2012

Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahrom (gambar) dinasihatkan supaya mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan yang dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.

Kerajaan negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu dan mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.


Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini menyatakan kerajaan negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau.

“Sepanjang tempoh bercuti ini, tugas-tugas beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh Sekretariat akhbar Pejabat Datuk Menteri Besar yang diketuai oleh Setiausaha Akhbar Datuk Menteri Besar.

“Akhir sekali Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan,” tambah kenyataan itu.
template joomla
Read Post | comments

Kenyataan Penuh Ustaz Badrul Amin Isu Fitnah Khalwatnya!

Sunday 26 February 2012


Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya
dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat
oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.


Saya ke Kuantan untuk menghadiri
Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat
pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.
Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.


Pada petang 24 Februari 2012,
wanita tersebut telah menghubungi saya
dengan nada cemas dan menyatakan
hasrat beliau untuk melarikan diri
daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.


Saya dengan tegas menasihatkan beliau
untuk tidak berbuat demikian.


Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi
25 Februari 2012,
beliau telah menghubungi saya
memaklumkan bahawa beliau
sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.


Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini
sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama
keluarganya mengikuti rombongan umrah saya.


Pasangan suami isteri ini sering
berhubung dengan saya bagi
mendapatkan nasihat mengenai
masalah keluarga yang mereka hadapi
termasuk kes keganasan rumah tangga.


Di dalam usaha membantu pasangan ini,
saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.


Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita
tersebut bersama anaknya di awal pagi,
saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan.


Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut
bersama lebih kurang 20 orang
yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya.


Suami wanita tersebut kemudiannya
telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.


Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini
berhenti memukul saya apabila
pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.


Namun mereka masih tidak
membenarkan saya keluar dari bilik.


Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut,
pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.


Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP
bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP
ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.


Saya beranggapan bahawa kejadian
ini merupakan satu tindakan terancang
untuk memerangkap dan mengaibkan saya.


Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan
JAIP pada 27 Februari 2012.


Saya akan hadir bersama peguam
untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.


Dengan penjelasan ini,
saya berharap semua pihak menghentikan
tohmahan dan fitnah terhadap saya.


Saya tidak akan teragak-agak
untuk mengambil tindakan undang-undang
terhadap mana-mana pihak
yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

KEPADA PEMBODEK UMNO SEKALIAN...ANDA TABUR FITNAH DR BADRUL DAPAT FREE PAHALA..KALAU BAB JUBO, SCANDAL, ROMEN, KHALWAT SEMUA BAGI KAT PEMBODEK UMNO NI...MEMANG SIAL - DASAR PENERBIT FILEM BLUE..HAHAHAH
Read Post | comments

Ulama Muda Umno - Jika UMNO ingin terbang bersama Islam maka jadikanlah Ulama sebagai sayapnya



Kenyataan Ahmad Tajuddin Idris, ketua Biro Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU) dalam artikelnya yang disiarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 24 Jun 2011 bahawa Ulama tidak bersama dengan UMNO tetapi memilih PAS kerana pergerakan UMNO seolah-olah tidak dipacu oleh Ulama walaupun UMNO telah melaksanakan Islam dan syiar-syiarnya adalah meleset sama sekali.
UMNO bukan 'seolah-olah' tidak dipacu oleh Ulama tetapi sememangnya ia tidak dipacu oleh golongan tersebut bahkan mereka diketepikan dalam UMNO.
Penggunaan perkataan 'seolah-olah' bagaikan ingin mengelirukan masyarakat kononnya UMNO selama ini tidak memencilkan peranan Ulama.
Ulama tidak bersama dengan UMNO kerana mereka memahami bahawa UMNO tidak pernah berhasrat untuk melaksanakan Islam di dalam negara ini secara syumul. Apa yang mereka pelajari tentang Islam sebelum ini adalah bertentangan dengan dasar dan perjuangan UMNO yang berteraskan kepada ideologi Nasionalisme dan Sekularisme.
Perlaksanaan Islam dan syiar-syiarnya hanyalah tempelan untuk mengelirukan masyarakat dan bukan menjadi dasar negara. Walaupun ada program-program Islam yang dianjurkan, program-program yang bertentangan dengannya tumbuh melata. Maka tidak peliklah jika ketua Ulama Muda UMNO ini membuat kenyataan bahawa persepsi masyarakat Melayu yang kuat agamanya menganggap UMNO sebuah parti yang tidak Islamik dan anti Ulama. Kenyataan ini adalah benar yang tidak dapat disangkal lagi walaupun beliau cuba untuk membetulkan persepsi tersebut.
Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan, jika Ulama bersama dengan UMNO sekali pun, mereka ibarat terompah kayu yang hanya dipergunakan untuk kepentingan politik dan hawa nafsu UMNO sahaja. Selagi mana dasar dan perjuangan UMNO tidak berubah, tidak ada peranan yang boleh dimainkan oleh Ulama dalam pertubuhan tersebut.
Ini terbukti apabila wakil Ulama Muda UMNO ini sendiri menyampaikan harapannya dalam artikelnya tersebut  agar UMNO menonjolkan imejnya yang bukan anti Ulama dan tidak Islami dengan membuka ruang kepada golongan Ulama secara rasmi dan serius bagi terlibat dalam hala tuju UMNO.
Hasrat ini secara jelas menggambarkan bahawa beliau kecewa apabila Ulama dalam UMNO sehingga sekarang dipencilkan dan tidak dilibatkan dalam menentukan hala tuju pertubuhan tersebut.
Oleh kerana itulah beliau menegaskan lagi kekecewaannya di akhir artikelnya tersebut dengan terus menyatakan harapannya: "Jika UMNO ingin terbang bersama Islam maka jadikanlah Ulama sebagai sayapnya."
Hakikatnya, UMNO tidak akan terbang dengan Islam dan menjadikan Ulama sebagai sayapnya selagi ia tidak mengubah dasarnya. Jika dijadikan sayap sekali pun, ia hanyalah sekadar hiasan sebagai mana yang terjadi sendiri kepada Sekretariat Ulama Muda UMNO yang hanya mampu bersuara dalam 'tempurung' mereka sahaja.
 
Read Post | comments

Bodek Umno Sampai Mati

Read Post | comments
 
© Copyright Bodek Umno Sampai Mati 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all