Go to

Monday 19 March 2012

Najib Yakin Tawan Semua Negeri Yang Dikuasai Pakatan Rakyat

Kalau semasa lawatan Datuk Seri Hj Najib terdahulu, beliau telah memohon maaf kepada Rakyat Negeri Selangor atas kesilapan yang dilakukan oleh Umno/BN dan mohon diberi kepercayaan untuk memerintah kembali... namun hari ini kenyataan mohon maaf tersebut tidak diulangi tetapi terus menyatakan yang beliau yakin Barisan Nasional BN boleh menang terhadap Negeri-Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR), kah kah kah !.

Kalau beliau bercakap mengenai kerusi Parlimen Pekan atau Negeri Johor mungkin cakap Datuk Seri Hj Najib tersebut boleh dipertimbangkan... tapi bila beliau mengatakan hari ini yang beliau yakin dengan keupayaan BN untuk merampas Negeri-Negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13)... baik suruh aje beliau ambil cermin dan tengok muka beliau, kah kah kah!.

Kenapa dikatakan begitu... kerana mana ada Negeri kalau diyakini menang akan dilawati kerap kali macam dah tiada Negeri lain dalam Malaysia ni, kecuali lah Negeri Kelantan dan Pulau Pinang yang beliau yakini kalah... ini menunjukkan beliau tidak yakin boleh menang dan lawatan beliau di Negeri Selangor hari ini hanya untuk memberi motivasi kepada Jentera Pilihan Raya BN supaya tidak lesu menghadapi PRU13 nanti.

Beliau membuat kenyataan itu semasa lawatan beliau ke Negeri Selangor hari ini... yang kalau dikira entah berapa kali semenjak awal tahun 2012, begitu juga hal nya dengan Negeri Perak yang beliau lawati umpama beliau akan bertanding di negeri tersebut... dan berlainan dengan Negeri Johor yang hanya sekali beliau lawati kerana keyakinan beliau yang BN boleh menang di negeri tersebut walau pun keadaan nya belum tentu.

Sama ada beliau sedar atau pun tidak yang kata-kata beliau tersebut hanya menunjukkan ketidak upayaan Pemimpin Umno/BN untuk memenangi kembali Negeri-Negeri tersebut... yang tewas mengejut dalam PRU12... ianya sesuatu tidak disangka berdasarkan serba kekurangan yang ada didalam jentera pilihan raya PR, namun ianya boleh terjadi... ini kan pula dengan keselesaan rakyat dibawah PR yang dilihat lebih Telus dan Amanah maka angan-angan Pemimpin Umno/BN boleh dianggap sebagai Angan-Angan Mat Jenin, kah kah kah !.


hemmmmm..... umno/bn teringin sangat untuk menawan kembali negeri selangor... manakan tidak bila melihat hasil negeri yang bertambah berdasarkan simpanan negeri yang mencecah hampir rm 2 bilion... serta hasil pasir yang banyak walaupun baru empat tahun pr menerajui negeri selangor berbanding 50 umno/bn memerintah, kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan... heeeee..... a b u.
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Bodek Umno Sampai Mati 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all